fb fb fb fb fb

Serangan seksual: Polis tahan lelaki disyaki

(FOTO RTM)

KUCHING, 10 Mei-Lelaki yang disyaki melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita yang tular di media sosial, ditahan polis semalam.

Tangkapan lelaki tempatan berumur 21 tahun itu dibuat di Jalan Kampung Rampangi, Kuching kira-kira pukul 7.00 malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa memaklumkan,satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 28 Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1957.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes jenayah narkotik dan jenayah harta benda.

Suspek juga mempunyai kad rawatan pakar psikiatri dari Hospital Umum Sarawak dan masih menjalani rawatan susulan.

Turut dirampas motosikal yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.


(Foto RTM)

Media Baharu