fb fb fb fb fb

Tragedi kepala air: Dua mayat terakhir ditemukan pagi ini

Operasi SAR menemukan korban terakhir tragedi kepala air pagi tadi

BIDOR, 8 Februari- Kesemua empat mangsa yang maut dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur berhampiran Kampung Poh, sini, sudah ditemukan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Mohd Naik Asnawi berkata, mangsa terakhir iaitu dua kanak-kanak ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.00 dan 9.10 pagi tadi.

Jelasnya, operasi pencarian bermula pada pukul 8.00 pagi melibatkan keanggotaan 107 orang yang dibahagikan kepada empat pasukan. 

Dalam kejadian semalam, enam sekeluarga bersama seorang pembantu rumah terperangkap dalam tragedi kepala air sewaktu berkelah di lokasi itu sekitar pukul 4.03 petang. 

Empat disahkan terkorban, manakala tiga lagi selamat.

SITI AISHAH BINTI MD ISA