fb fb fb fb fb

TPM Zahid tiba di Auckland, mulakan lawatan kerja 5 hari ke New Zealand

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland / BERNAMA

AUCKLAND, 14 Julai - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Auckland hari ini untuk lawatan kerja lima hari ke New Zealand.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland kira-kira 11.30 pagi waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia), disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Mazita Marzuki.

Turut sama menyambut ketibaan, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Asia dan Amerika Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) New Zealand Grahame Morton.

Beliau turut disambut Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Selatan dan Asia Tenggara MFAT Joanna Kempkers.

Lawatan kerja itu merupakan kesinambungan usaha strategik Malaysia memperkukuh hubungan dua hala dengan New Zealand yang terjalin sejak 1957.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE