fb fb fb fb fb

'Toruk Makto' belah awan, PTU kendali Sukhoi SU-30MKM

'Toruk Makto' pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Langkawi

LANGKAWI, 20 Mei- Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) mencipta sejarah pada acara pembuka tirai pagi tadi apabila Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan secara peribadi menerbangkan pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM.

Lebih membanggakan, pesawat dikenali 'Toruk Makto' menampilkan corak ikonik Jalur Gemilang, menggegarkan ruang udara di perkarangan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

PTU atau dikenali gelaran nama 'Gunjiz' bergandingan bersama Kolonel Mohd Norazan Othman dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang juga Komander Pangkalan Udara Gong Kedak.

Menerusi kombinasi luar biasa pesawat kira-kira 12 minit itu, ia menggamit perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa yang hadir pada hari pembukaan LIMA'25.

Pasukan lain yang turut terlibat dalam pertunjukan udara sepanjang LIMA'25 adalah Russian Knight dari Tentera Udara Rusia dan Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara.

2005 HI LIMA PTU SUKHOI 3Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan secara peribadi menerbangkan pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI