fb fb fb fb fb

34 calon STAM 2024 dapat Mumtaz semua mata pelajaran

Foto Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Seramai 34 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 mendapat keputusan Mumtaz dalam semua mata pelajaran sekali gus menunjukkan pencapaian memberangsangkan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) mencatatkan 3.0 mata berbanding 3.09 mata pada tahun sebelumya.

"GPK bagi calon sekolah KPM pada tahun 2024 pula ialah 2.81 mata, berbanding 2.91 mata pada tahun 2023, mengecil sebanyak 0.10 mata.

"Perkara ini menunjukkan pencapaian calon STAM sekolah KPM pada tahun 2024, adalah lebih baik berbanding tahun 2023," menurut kenyataan itu.

Pada 2024, seramai 4,507 calon berdaftar untuk STAM merangkumi 1,552 calon sekolah KPM, Sekolah Menengah Agama Negeri (1,726), Sekolah Menengah Agama Rakyat (296), Sekolah Menengah Swasta (29) dan calon persendirian (904).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI