fb fb fb fb fb

Tokoh usahawan OKU gigih jalani kehidupan dengan menjahit pakaian

GUA MUSANG, 8 Ogos- Seorang anak peneroka Felda Chiku 5 di Gua Musang, Kelantan yang dilahirkan kudung tangan dan kaki gigih menjalani kehidupan seharian dengan mengambil
upah menjahit pakaian.

Nik Suriyati Zakaria, 36, membuktikan kecacatan kedua belah tangan dan kaki bukan halangan untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan.

Menurut Nik Suriyati atau mesra dipanggil Angah, dia bangga kerana mempunyai pekerjaan halal tanpa rasa malu atau rendah diri dengan kekurangan dirinya.

 
(Nik Suriyati Zakaria)

Katanya, sejak usia 14 tahun dia sudah mahir menjahit pakaian seragam sekolahnya sendiri selepas mengikuti bengkel Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di kawasan perumahan.

Kini, Angah berjaya mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua.

"Memang dulu saya tak confident dengan diri saya. Saya kan OKU saya macam tak confident dengan diri saya. Bila saing saya support , Cikgu Zan pun dia memberi sokongan kepada saya. Adik beradik saya pun bagi kata-kata semangat sebab dia tahu saya tak boleh kerja lain kan. Macam kakak saya pun beri sokongan sampai saya ada keyakinan diri. Saya pun rasa bakpo orang lain boleh buat, saya tak boleh buat. Sedangkan ada orang lain yang lebih teruk dari aku. Kepada OKU di luar saya harap anda tabahlah untuk tempuh dugaan hidup anda. Jangan putus asalah. Kita fikir kita kurang dah tetapi ada lagi orang lebih kurang nasib daripada kitalah," katanya.

Bakat yang dimiliki menyebabkan saya layak mendapat bantuan mesin jahit dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengembangkan perusahaan menjahit di rumah.

Tambah Angah yang menerima anugerah Tokoh Usahawan OKU peringkat negeri Kelantan pada bulan April lalu, dia kini memiliki alatan menjahit yang lengkap termasuk mesin jahit, mesin kelim, mesin butang, mesin sulam berkomputer serta mesin tekap manik.

Katanya, dia berhasrat untuk membuka bengkel menjahit sendiri di rumahnya, namun terbengkalai kerana masih kekurangan modal.

Media Baharu