fb fb fb fb fb

TNB percepat peralihan penjanaan kuasa kepada sumber lebih bersih

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mempercepat peralihan penjanaan kuasa kepada sumber lebih bersih menerusi penamatan operasi loji jana kuasa arang batu lebih awal.

Buat permulaan syarikat itu berhasrat untuk menamatkan operasi loji jana kuasa Kapar Energy Ventures (KEV) setahun lebih awal dari tempoh ditetapkan iaitu tahun 2031.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharin Din dalam satu kenyataan memaklumkan, loji jana kuasa akan turut diperkasakan dengan teknologi hijau baharu di samping menjalin perkongsian dengan syarikat teknologi.


(Foto fail)

"TNB sedang meneroka peluang kerjasama dengan rakan strategik yang mampu menyediakan teknologi, keupayaan dan sinergi modal untuk mengukuhkan TNB Power Generation Sdn Bhd (GenCo)," menurut beliau dalam kenyataan tersebut.

Memandangkan permintaan terhadap tenaga bersih meningkat berikutan peralihan tenaga, nilai pasaran tenaga bersih diunjur mencecah antara RM65 bilion dan RM80 bilion.

Syarikat utiliti itu berhasrat untuk menguasai sebahagian besar pegangan pasaran, berjumlah RM40 bilion menjelang tahun 2050.

Media Baharu