fb fb fb fb fb

Banjir di JB: APM Johor digerakkan ke Kampung Baru Mohd Amin sebagai persediaan

JOHOR BAHRU, 2 Ogos - Seramai 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor digerakkan ke Kampung Baru Mohd Amin, Johor Bahru, untuk bersedia memindahkan pendudukan terjejas banjir sekiranya perlu.

Pemantauan juga dibuat berterusan bagi memastikan kawasan perumahan selamat didiami.

Pengarah Pertahanan Awam Johor, Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar berkata, sehingga kini, keadaan terkawal dan air mula surut, selain hujan mula reda.

"Setakat ini pusat pemindahan belum lagi dibuka, cuma kita memujuk penduduk untuk berpindah awal lah, supaya lebih mudah, dan juga lebih selamat bagi mereka, kalau cuaca bertambah buruk," kata Kamal.

"Setakat ini kekuatan anggota untuk jalankan penugasan, kita dah aturkan lebih kurang 30 anggota lah, di lokasi yang berbeza-beza, mengikut keperluan dan keutamaan," menurut Ketua Polis Balai Sentral, Inspektor Nur Aminurrashid Nutman.


(Pengarah Pertahanan Awam Johor, Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar berkata sehingga kini
keadaan terkawal dan air mula surut, selain hujan mula reda)

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi catatan di laman Facebooknya berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor akan melakukan kerja pengepaman bagi menyalurkan air keluar dari sekitar kawasan Bangunan Persekutuan dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

JPS akan menambah baik sistem pengepaman untuk menampung kapasiti air yang lebih tinggi.

Beliau difahamkan hujan lebat hari ini lebih dari kebiasaan, mencecah hampir 100 milimeter berbanding paras biasa, 20 milimeter.

Paras air pasang juga tinggi sehingga 1.5 meter, menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir ke laut.

Media Baharu