fb fb fb fb fb

TLDM perlu kapal tempur baharu, segera

(Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selepas selesai menyertai
Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat)

LUMUT, 3 September- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memerlukan kapal tempur baharu dengan kadar segera dalam usaha untuk terus mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Mohd Ajis berkata, ini kerana jumlah sedia ada tidak mencukupi selain hampir 75 peratus kapal milik TLDM ketika ini sudah berusia lebih 40 tahun.

Jelasnya, sementara menunggu kapal tempur baharu, pihaknya perlu memastikan kesiapsiagaan aset sedia ada, termasuk dengan memanjangkan jangka hayat
sesebuah kapal.

Tambah beliau, "tempo operasi tinggi diperlukan untuk sentiasa menyelenggara kapal dengan segera oleh kerana satu kapal kita dah agak lama.

"Kita memerlukan kapal yang baharu dan yang kedua jumlah kapal yang kita kehendaki sebenarnya dengan yang sedia ada ni tidak mencukupi untuk kita mengawal kedaulatan negara kita sekiranya satu hari jika terdapat konflik untuk kita mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Kepulangan Kapal Diraja (KD) Lekir yang selesai menyertai Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat.

(Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Mohd Ajis ketika ditemui pemberita)

Media Baharu