fb fb fb fb fb

Titah Adendum kes Najib bidang kuasa Agong, Lembaga Pengampunan - PM

Anwar Ibrahim

KAJANG, 19 April- Pendirian kerajaan mengenai semua urusan berkaitan Majlis Raja-Raja tidak boleh dicabar adalah kekal sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai Titah Adendum berhubung tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah Anwar, beliau enggan mengulas lanjut perkara itu berikutan perbincangan mengenainya berada di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya tidak mahu terlibat dalam perbincangan soal adendum dan sebagainya. Ini bidang kuasa Lembaga Pengampunan, selepas itu wewenang sepenuhnya Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu.

"Jadi sepatutnya semua pihak terima kenyataan tersebut dan terus dengan tumpuan kita untuk menjamin keamanan, perkuatkan kestabilan politik dan membangunankan negara,"
ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, a
fidavit diikrarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung Titah Adendum dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 mengenai kebenaran melaksanakan baki hukuman Najib Razak menerusi tahanan rumah adalah atas kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO.


“Itu beliau lakukan sebagai Presiden UMNO, dan Peguam Negara tentunya bagi pihak Lembaga Pengampunan. Pendirian kita, semua urusan yang libat raja-raja tidak harus dicabar.

“Sebab itu saya tidak mahu ulas selain mengatakan ini prinsip pendirian kerajaan bukan sahaja sekarang, tapi selamanya sejak merdeka,” katanya.

SITI AISHAH MD ISA