FOTO FB DR RADZI JIDIN
KUALA LUMPUR, 23 Februari- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diminta mengambil tindakan segera terhadap kerosakan infrastruktur dan kemudahan di empat sekolah di Kota Tinggi.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kerosakan membabitkan tingkap, bumbung dan tandas itu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Jaafar Albar, SMK Bandar Easter, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Setia Jaya serta SK Bandar Easter.
"Insya-Allah kami akan ikhtiarkan yang terbaik bagi menyediakan persekitaran lebih selesa buat seluruh warga sekolah,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya pada Rabu," hantaran dalam laman Facebook rasminya pada Rabu.
Beliau berkata, lawatannya di Kota Tinggi pada Selasa bertujuan meninjau keadaan infrastruktur, pengoperasian serta persediaan sekolah-sekolah menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada 2 Mac depan.
"Di samping meninjau perjalanan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris bagi calon SPM 2021 yang sedang berlangsung di SMK Tan Sri Jaafar Albar dan SMK Bandar Easter, saya juga sempat memberi kata-kata semangat kepada murid calon SPM dan STPM di sekolah tersebut," katanya.
Semalam beliau meninjau keadaan infrastruktur, pengoperasian dan persediaan sekolah-sekolah di Kota Tinggi menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
"Program turun padang ke Kota Tinggi ini juga melibatkan sesi libat urus bersama pengetua dan guru besar dari seluruh daerah ini.
"Saya berkongsi tentang aspirasi untuk menerapkan konsep SekolahKu SEJAHTERA melalui 14 elemen utama seperti seronok, selamat, sihat, etika, empati dan artikulasi.
"Elemen ini perlu diterapkan secara semulajadi dalam kalangan anak-anak khususnya.," katanya.
SPM 2021 akan berlangsung bermula 2 hingga 29 Mac depan.