fb fb fb fb fb

KUPTM dinaik taraf universiti penuh

PUTRAJAYA, 23 Februari - Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang dinaik taraf sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf universiti pada 21 Februari lalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata selepeas lima tahun, KUPTM layak memohon untuk kenaikan taraf kepada universiti penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Tujuan penubuhan satu lagi universiti di bawah Majlis Amanah Raya (MARA) adalah sebagai pelengkap eko sistem pendidikan tinggi MARA yang memfokuskan kepada kebitaraan perniagaan dan perakaunan.

"UPTM juga aktif dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi diperingkat nasional dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Jelas Mahdzir, UPTM telah membuat pembentangan permohonan naik taraf universiti penuh kepada KPT pada 1 Disember 2020.

"Kelulusan penubuhan universiti telah diterima daripada KPT pada 31 Mac 2021 dengan beberapa syarat sebelum pendaftaran taraf universiti penuh.

"Ini membolehkan nama UPTM digunakan secara rasmi dengan mematuhi syarat utama dalam tempoh 5 tahun beroperasi sebagai universiti," tambahnya lagi.

KUPTM yang ditubuhkan pada 1987 dinaiktaraf kepada kolej universiti pada Oktober 2015.

Sepanjang penubuhan sebagai kolej universiti, UPTM telah menawarkan 14 program Ijazah Sarjana Muda, 4 Program Sarjana dan 2 program Ijazah Doktor Falsafah.
 
Sehingga kini, UPTM mempunyai 155 orang ketua penyelidik yang telah menghasilkan 111 projek penyelidikan serta menerbitkan 198 artikel ilmiah dalam pelbagai jurnal.
 
Beliau berharap dengan penubuhan UPTM, dapat mendokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, seterusnya melahirkan graduan bertaraf global.

Media Baharu