fb fb fb fb fb

TikTok: Operasi di Malaysia perlu ikut garis panduan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober - Operasi TikTok di Malaysia perlu mengikut garis panduan dan undang-undang negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan platform media sosial itu juga perlu lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform berkenaan termasuk penularan bersifat ‘Coordinated Inauthentic Behaviour’ (CIB).

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika mengadakan Pertemuan bersama
pengurusan tertinggi TikTok pada Rabu / FOTO FB FAHMI FADZIL)

"Saya tekankan pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan hal ini mesti diperbetul segera," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi yang telah bertemu dengan pengurusan tertinggi TikTok yang diketuai Naib Presiden Globalnya, Helena Lersch pada Rabu turut menegaskan perlunya TikTok mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit.

"Pihak TikTok mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka berikutan ketiadaan wakil di Malaysia pada ketika ini," kata Fahmi.

Fahmi berkata, TikTok telah memberikan jaminan dan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dengan kerajaan dan akan menyelesaikan isu berkenaan dengan kadar segera.

Media Baharu