fb fb fb fb fb

Tiket penerbangan mahal bagi golongan pelajar

LABUAN, 19 April- Isu harga tiket penerbangan mahal pada musim perayaan khususnya ketika menyambut Aidilfitri disifatkan sebagai agak terlampau kerana rakyat tidak mempunyai alternatif lain yang menghubungkan antara Labuan, Sabah, Sarawak dan Semenanjung, selain menaiki kapal terbang.

Susulan isu tersebut, ia memberikan kesukaran kepada keluarga yang ramai untuk pulang berhari raya bersama kerana melibatkan kos yang tinggi.

Di Labuan, isu itu dilihat amat membebankan terutama golongan pelajar sehingga ada yang terpaksa berhari raya tanpa keluarga kerana harga tiket penerbangan yang melambung tinggi.

Bagi pelajar Rizianna Jeffri, "macam saya sendiri pun saya tidak dapat balik ke kampung sebab harga tiket terlalu mahal dan tidak dapat ditampung oleh keluarga. Jadi saya berharap kerajaan dapat beri inisiatif lain yang boleh membantu kami sebagai pelajar balik ke kampung."

Sementara itu, bagi pelajar yang datang daripada golongan B40, mereka berharap pihak kerajaan dapat mengatasi dan mencari jalan penyelesaian segera agar ia tidak membebankan pengguna.

Menurut Loresca Incap yang ditemui pemberita, "tidak semua ibu bapa mempunyai pendapatan dan mampu untuk membeli tiket penerbangan, jadi kami mengharapkan kerajaan supaya dapat membantu mengurangkan harga tiket."

Selain itu, bagi Syazwana Jaafarudin, "kerajaan perlu ada inisiatif untuk pelajar agar kami dapat pulang ke kampung untuk menyambut perayaan bersama keluarga."

(Foto hiasan)

Media Baharu