fb fb fb fb fb

Tiga sungai utama di Pahang melepasi paras amaran

Stesen hujan Sri Damai

KUANTAN, 30 Disember- Tiga sungai utama di Pahang telah melepasi paras amaran, iaitu di daerah Kuantan, Maran dan Raub setakat pukul 4.30 petang tadi.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Kuantan ia melibatkan Sungai Belat di Seri Damai yang merekodkan bacaan 4.17 meter.

Diikuti Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dengan bacaan 27.25 meter dan Sungai Dong di kampung Peruas, Raub (134.72 meter).

Sungai Pahang di Kuala Krau juga telah melepasi paras waspada dengan bacaan 36.95 meter.

Sementara itu tinjauan RTM di sekitar lembangan Sungai Belat juga mendapati tiada sebarang kejadian banjir melibatkan kawasan berpenduduk.

Manakala, laluan jalan raya dari Kuantan menghala ke Sungai Lembing berhampiran Bukit Kuin, dinaiki air, namun masih boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI