SUNGAI PETANI, 20 Disember - Tiga remaja maut, seorang parah dan seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di kilometer 63.5 Jalan persekutuan Alor Setar Butterworth di Padang Tembusu, di sini awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan berkata mangsa maut dikenali Muhammad Aiman Rusdi 17 tahun yang juga pemandu kereta, Muhammad Izani MohdTuah dan Muhammad Iman Mohd Akhir,masing-masing berusia 15 tahun.
Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah dikepala dan maut di tempat kejadian, dan dibawa ke unit forensik Hospital Sultan Abdul Halim, untuk bedah siasat.
Seorang lagi yang cedara parah, Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 15 tahun dan Alif Danial Abdul Aziz 17 tahun mengalami cedera ringan.
(Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah dikepala dan maut di tempat kejadian)
ACP Zaidy berkata kereta tersebut dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan.
Hasil siasatan mendapati pemandu tidak memiliki lessen memandu yang sah.