fb fb fb fb fb

Kerajaan beri KGT Tambahan Khas RM100, Bantuan Kewangan Khas RM700 kepada penjawat awam - PM Anwar

Foto Bernama

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan 
peruntukan khas (Bajet Mini) di Dewan Rakyat hari ini/ Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Kerajaan Perpaduan bersetuju meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan (KGT) Khas 2023 kepada penjawat awam sebanyak RM100.

Perkara itu diumumkan semasa pembentangan khas bajet mini atau Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dalam sidang Dewan Rakyat hari inil, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Turut diumumkan bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan awam dan pesara.


(Foto fail penjawat awam)

"Kerajaan bersetuju untuk memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

"Kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM350," katanya di Parlimen.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

Peruntukan tersebut pernah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan, lalu.

Media Baharu