fb fb fb fb fb

Tindakan tegas dikenakan bagi perbuatan melampau dan toksik - Sultan Nazrin

IPOH, 20 Disember- Pandangan ekstrem berunsur kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemai rasa benci serta berpotensi mencetuskan permusuhan di kalangan rakyat wajib dihentikan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, tindakan tegas lagi segera wajib diambil untuk menghentikan aktiviti tersebut.

Tindakan oleh mana-mana pihak itu sama ada secara ucapan atau perbuatan yang meracuni fikiran dan membakar emosi rakyat dengan mengeksploitasi isu-isu agama dan kaum.

 

"Bumi ini tidak boleh dibenarkan untuk disemai dengan rumpai-rumpai beracun yang boleh dibenarkan untuk disemai dengan rumpai-rumpai beracun yang boleh membunuh pohon perpaduan, langit di negeri ini jangan sama sekali dibenarkan untuk diselubung awan-awan berasid yang akan menghujani bumi dengan fahaman ekstremis berlandaskan perkauman dan berpaksikan agama tindakan segera polis diraja malaysia pasca pilihan raya, mengambil langkah-langkah preventif untuk menjamin ketenteraman awam merupakan tindakan yang tepat," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Titah baginda lagi, kerukunan perhubungan kaum diasaskan sejak era pra-merdeka tidak boleh diperjudikan kerana permainan politik yang berunsur meracuni fikiran dan membakar emosi rakyat.

Oleh itu, setiap individu berperanan untuk memastikan hubungan harmoni antara kaum terus disuburkan dan persefahaman antara pengikut pelbagai agama terus dipupuk.

Rakyat terutama generasi muda perlu diberi bimbingan dan kefahaman mengenai sistem kerajaan dan negara berteraskan doktrin demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Selain penghayatan terhadap lima prinsip Rukun Negara untuk dijadikan pedoman dalam usaha memupuk warga bersatu padu, harmoni dalam sebuah negara merdeka yang berdaulat, aman dan makmur.


Sementara itu, Pada istiadat sama, Sultan Nazrin turut mengingatkan ahli-ahli Dewan Negeri untuk memelihara kemuliaan dewan dengan menjadikannya dewan syura yang penting dan dihormati.

Bagi membincangkan perkara-perkara substantif dalam adab dan budaya yang tertib lagi bersopan, tanpa perlu menggunakan kata-kata yang tidak sopan atau meninggikan suara.

"Masa perbahasan yang cukup perlu diberikan kepada ahli-ahli dewan untuk dapat mengambil bahgian secara membina semasa perbahasan. pada masa yang sama dewan ini bukan juga tempat untuk senantiasa mencari kesalahan sehingga masa perbahasan dibazirkan bercakap perkara-perkara picisan dan remeh temeh," titah baginda di sini.

Titah baginda lagi, ahli-ahli Dewan Negeri dipilih oleh rakyat dan berperanan sebagai juru bicara bagi pihak rakyat.

Dewan berperanan memenuhi peranan semak dan imbang kepada cabang eksekutif membolehkan ADUN menyuarakan teguran dan menyampaikan maklum balas mengenai program-program yang dilaksanakan.

Media Baharu