fb fb fb fb fb

Pelan Strategik FELDA 2025-2030, pacu ekonomi luar bandar

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 April- Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 2025-2030, menggariskan strategi utama dan pelan tindakan untuk memperkukuh kedudukan FELDA sebagai pemangkin ekonomi negara khususnya di luar bandar.

FELDA dalam kenyataan memaklumkan bahawa pelan strategik itu dirangka secara terperinci menerusi enam sesi libat urus, bersama pelbagai pihak berkepentingan.

"Pelan yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif strategik dalam pelbagai bidang.

Pihak pengurusan Kumpulan FELDA komited memastikan matlamat yang digariskan, dilaksana dengan penuh dedikasi, demi membentuk ekosistem yang terampil untuk semua pemegang taruhnya," kata kenyataan itu.

Tambahnya, tanggungjawab tersebut memerlukan usaha berterusan dan sokongan padu semua pihak, bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan Kumpulan FELDA terus diperkukuh.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM