fb fb fb fb fb

Tiga orang maut dalam nahas jalan raya di Pontian

PONTIAN, 30 Mac- Tiga orang maut dan dua orang lagi cedera dalam kemalangan di kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah - Parit Kudus, Pontian Johor, 5.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohamad Shofee Tayib berkata, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Beliau berkata kemalangan berpunca apabila pemandu kereta Proton Saga gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh kereta Perdana di laluan bertentangan.

Akibatnya, kereta Proton Saga itu terjunam ke dalam parit dan semua mangsa ditemui tersepit.

Mereka yang cedera merupakan seorang lagi penumpang kereta Proton Saga dan pemandu Proton perdana.

"Namun polis masih belum dapat mengesahkan identiti ketiga-tiga mangsa itu. Siasatan sedang dilakukan oleh pegawai penyiasat," katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Nahas yang membabitkan dua kenderaan dan menyebabkan
tiga orang maut di Pontian/Foto PDRM)

Media Baharu