fb fb fb fb fb

KKM bincang naik taraf petugas perubatan berstatus kontrak

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Kementerian Kesihatan sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyerap petugas perubatan berstatus kontrak kepada perjawatan tetap tanpa berpencen.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata ia bagi mengurangkan beban tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada.

Dalam masa sama mengurangkan beban skim berpencen mencecah RM29.2 bilion yang ditanggung negara setakat 2021.

"Jadi kita memikirkan jalan keluarnya adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa berpencen. Namun mereka ini boleh mendapat manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain antaranya boleh membuat pinjaman perumahan," kata Zaliha di Parlimen.

(Dr. Zaliha berkata KKM bincang naik taraf petugas perubatan berstatus kontrak)

Media Baharu