fb fb fb fb fb

Tiga maut, seorang parah ketika baiki treler

Foto BBP Kuala Lilpis

KUALA LIPIS, 23 September- Tiga maut dan seorang cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika sedang membaiki treler rosak di bahu jalan, Jalan Merapoh–Kuala Lipis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala LIpis bersama-sama jentera digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.44 pagi tadi

"Pihak Bomba mengambil masa selama sejam 12 minit untuk sampai ke lokasi kejadian kerana jarak BBP Kuala Lipis ke tempat kejadian adalah 82 kilometer.

"Sebaik pihak bomba tiba di lokasi kejadian, tiga lelaki telah meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lelaki cedera parah," kata Zulfadli. 

Sementara itu seorang mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda berkenaan mengalami kecederaan dan dua lagi dilaporkan selamat dan kesemua mangsa dikeluarkan orang ramai.

Tambahnya, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI