fb fb fb fb fb

Tiga maut 4X4 terjunam ke dalam danau

(FOTO JBPM)

MUKAH, 20 Oktober- Tiga maut, selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam danau di Jalan Kem Balak Pelugau di Selangau Sarawak.

Salah seorang mangsa adalah kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia 6 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias, kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi semalam.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Robin Kehing, 34 tahun, Dominic Serang 33 tahun dan Hidyaat 6 tahun.

Ujarnya, kenderaan yang dipandu serta dinaiki mangsa dari Rumah Panjang Osey menuju ke Kem Balak Pelugau telah hilang kawalan berikutan laluan licin sebelum terjunam ke dalam danau.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dan mayat telah dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

(FOTO JBPM)

Media Baharu