KLANG, 22 April- Tiga buah kilang plastik di Pelabuhan Klang, Selangor musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar pada pukul 2.16 pagi tadi.
Pihaknya kemudian segera menggerakkan anggota serta jentera ke lokasi kejadian.
"Kebakaran tersebut menyebabkan premis berkenaan terbakar 80 peratus.
"Bagaimanapun, tiada mangsa berada di lokasi ketika insiden berlaku," katanya menerusi kenyataan.