fb fb fb fb fb

Hamzah Ahmad dilantik Ketua Polis P. Pinang baharu

(Dari kiri) Hamzah Ahmad, Razarudin Husain dan Khaw Kok Chin

GEORGE TOWN, 27 April- Datuk Hamzah Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Khaw Kok Chin yang bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Pulau Pinang itu disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pagi tadi.

Razarudin dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan optimis pelantikan tersebut akan membawa ke arah kecemerlangan PDRM Pulau Pinang.

Hamzah merupakan antara tiga pegawai kanan PDRM yang dinaikkan pangkat serta pertukaran jawatan.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Sik, Kedah mempunyai pengalaman dalam bidang kepolisan selama 36 tahun.

SITI AISHAH MD ISA