fb fb fb fb fb

Tiga jenazah mangsa kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan disembahyangkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun

KUALA KANSGAR, 14 Mei- Tiga jenazah pelajar yang rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada tengah malam Rabu, dibawa ke Masjid Raja Permaisuri Bainun Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) selepas proses pengecaman selesai.

Jenazah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 tahun , Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 tahun dan Iqbal Hasnun Halimi, 23 tahun, dibawa ke masjid berkenaan pada kira-kira pukul 11.15 malam tadi, disambut oleh ratusan pelajar dan jemaah yang hadir.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid apabila jenazah dibawa untuk disembahyangkan dan jemaah yang hadir mengerumuni jenazah bagi menatap mereka buat kali terakhir.

(Jenazah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 tahun , Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 tahun dan Iqbal Hasnun Halimi, 23 tahun 
disembahyangkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS pada jam 11.14 malam -BERNAMA)

Jenazah Muhammad Nasrun, dibawa ke Kuala Kubu Bharu di Selangor manakala jenazah Muhammad Nabil Haikal, pula dibawa ke Mantin, Negeri Sembilan untuk dikebumikan selepas subuh.

Sementara itu, jenazah Iqbal Hasnun, dibawa pulang untuk dikebumikan sebaik tiba di Senai, Johor.

Pengarah Hospital Taiping Dr Hajah Narimah Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan bedah siasat yang dijalankan bersama pasukan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping dan Unit Forensik Odontologi Hospital Kuala Lumpur mengambil masa kurang 24 jam untuk mengenal pasti ketiga-tiga mangsa berkenaan.

Media Baharu