fb fb fb fb fb

Tidak wujud kekurangan bekalan barangan keperluan di Kedah

KEDAH, 28 Oktober- Barangan kawalan di Kedah adalah mencukupi dan mampu menampung keperluan di negeri itu.

Jaminan tersebut, diberikan Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth.

Menurutnya, pengguna dinegeri itu tidak perlu bimbang kerana barangan termasuk telur, minyak masak, tepung dan bekalan ayam sentiasa berada dipasaran.


(Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth)

Hasil pemantauan berterusan, pihaknya mendapati tidak wujud kekurangan bekalan barangan keperluan, malah dijual pada harga kawalan.

"Kita beli ikut keperluan jangan kita beli melebihi daripada keperluan yang kita kehendaki, insya Allah pengguna tidak perlu bimbang dari segi keperluan bekalan, keperluan harian dan kita pihak kita sentiasa memantau pastikan bahawa peraturan-peraturan akta dipatuhi dan ikuti sepenuhnya," katanya kepada RTM selepas melakukan tinjauan bekalan barangan keperluan di salah sebuah pasaraya di Alor Setar.

Para pengguna juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau barangan dan harga barangan melalui pengimbas harga yang disediakan KPDNHEP.

Terdapat 400 jenis barangan keperluan dan pengguna dapat membandingkan harga serta mencari lokasi jualan yang disediakan.

Media Baharu