fb fb fb fb fb

Tidak perlu ragu arah kiblat masjid, surau di Selangor - MAIS

KUALA LUMPUR, 28 April- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan masyarakat Islam tidak perlu meragui mengenai penentuan arah kiblat masjid dan surau di negeri Selangor.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerusi kenyataan memberitahu penentuan arah kiblat yang dilaksanakan Jabatan Mufti Negeri Selangor adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Menurutnya, ini berhubung dengan had berpaling yang dibenarkan daripada arah kiblat yang menjelaskan bahawa arah mengadap kiblat merupakan perkara ijtihadi dan zanni.

Penentuan had juga tidak melebihi tiga darjah bagi pesongan mihrab yang dibenarkan boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baharu.

(Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof/Foto fail Bernama)

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan berhubung 40 peratus arah kiblat Lembah Klang tersasar yang dilapor berdasarkan penyataan daripada Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor, PAFNS.

MAIS menegaskan tajuk laporan akhbar itu kurang tepat dan tidak menggambarkan perkara sebenar serta telah menimbulkan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di Selangor.

Media Baharu