fb fb fb fb fb

Tidak jaga sensitiviti agama,rakyat amaran keras K-KOMM kepada syarikat televisyen

TAN SRI ANNUAR MUSA

KOTA BHARU, 21 Mac - Pengendali syarikat televisyen di negara ini di ingatkan agar tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh sensitiviti agama dan rakyat.

Tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras sekiranya terdapat stesen televisyen yang melanggar garis panduan ditetapkan.

Katanya, berdasarkan peraturan sedia ada kerajaan memberikan kuasa penapisan bagi konten drama di peringkat stesen televisyen di bawah pengawalan sendiri.

(Annuar menyampaikan sumbangan baju sekolah kepada pelajar sempena program penyampaian
bantuan Back to School Tingkatan Enam di Dewan Tun Ghaffar Baba Kompleks YKK Padang Kala Melor)

"Bagi saya adegan yang tidak Melayu, tidak Islam sifatnya, yang menyinggung perasaan orang Melayu, orang Islam dan sebagainya ini, sebenarnya tidak perlu menunggu pihak kementerian menegur kerana kita perlu faham sendiri batas-batas dalam adegan tersebut, yang tidak bersesuaian.

"Jangan korbankan nilai-nilai agama, nilai-nilai budaya, nilai bangsa murni kita semata-semata utk tujuan komersial," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tingkatan Enam dari Parlimen Ketereh, sempena program 'Back To School', di sini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, beliau sudah meminta pihak yang terbabit dalam drama itu supaya memberi penjelasan secara bertulis sekiranya ia tidak memuaskan drama itu tidak dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

Media Baharu