fb fb fb fb fb

Akta antimonopoli belum diwujudkan

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Akta Anti Monopoli belum diwujudkan di Malaysia kerana saiz pasaran dagangan dalam negara belum cukup besar.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) boleh menyiasat aduan atau tuduhan penyalahgunaan kuasa monopoli berdasarkan Akta Persaingan 2010.


(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh)

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menjalankan penyiasatan sekiranya pihak MyCC mendapati terdapat tuduhan penyalahgunaan kuasa dominan atau monopoli dalam pasaran di bawah Seksyen 10 Akta 712.

"Oleh kerana ketika ini saiz pasaran dagangan dalam negara kita belum cukup besar, negara kita belum mewujudkan akta antimonopoli.

"Kita tidak ada akta antimonopoli, oleh itu kita tidak boleh menghentikan mereka, melainkan mereka menyalahgunakan kuasa seperti yang saya katakan tadi.

"Sekiranya ada syarikat monopoli yang melakukan perkara itu, bolehlah buat aduan dan kita akan jalankan siasatan," katanya ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Tambah beliau, MyCC melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa berhubungan penyalahgunaan monopoli terutamanya dalam industri melibatkan beras dan gula.

Media Baharu