KALABAKAN, 8 Mei-Tiada sekolah yang akan terpinggir daripada arus pembangunan digital dalam sesi pembelajaran.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama erat dengan Kementerian Komunikasi untuk merealisasikan pendigitalan pendidikan.
Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan tiada isu pengurangan projek sekolah daif di Sabah.
Setakat 5 Mei, 230 projek naik taraf sekolah daif di Sabah telah siap sepenuhnya, 67 dalam pembinaan dan 93 lagi di peringkat prabina membabitkan kos keseluruhan sebanyak 6 bilion ringgit.
Manakala 52 projek baharu akan dilaksana tahun ini melibatkan peruntukan 2.3 bilion ringgit.