fb fb fb fb fb

Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Turkiye - Zambry

(Bangunan Wisma Putra, Putrajaya) 

PUTRAJAYA, 6 Februari - Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam gempa bumi yang berlaku di selatan Turkiye.

Bagaimana pun, beliau menggesa rakyat Malaysia di Turkiye mendaftar dengan Kedutaan di Ankara atau Konsulat Umum di Istanbul.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa Turkiye meramalkan gempa susulan bakal berlaku.

Justeru, rakyat Malaysia di negara itu dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti maklumat dan arahan semasa yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.


(Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia
dilaporkan terlibat dalam gempa bumi yang berlaku di selatan Turkiye/ Foto AFP)

Pihak kementerian melalui Kedutaan di Ankara Dan Konsulat Jeneral di Istanbul juga akan terus memantau perkembangan semasa.

Zambry yang telah berhubung dengan Menteri Luar Negeri Republik Turkiye, Mevlut Cavusoglu, turut menyampaikan rasa simpati dan takziah Malaysia kepada mangsa dan keluarga serta kepada kerajaan dan rakyat republik itu.

Media Baharu