fb fb fb fb fb

PM nafi gabungan PH tidak peroleh sokongan besar pengundi Melayu

PETALING JAYA, 6 Februari- Perdana Menteri yang juga Pegerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan gabungan terbabit tidak mendapat sokongan besar pengundi Melayu.

Perkara itu hasil analisis mendapati perkara sebaliknya yang berlaku.

"Secara keseluruhan undi yang diperolehi pengundi Melayu adalah 31%, ada yang rendah seperti Kelantan dan Terengganu dan ada yang tinggi 50% seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Negeri Sembilan.

"Kalau dikumpul dengan Kerajaan Perpaduan sebelum ini, komponen Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti lain sudah mencecah 2/3 keseluruhan undi pada pilihan raya lalu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pimpinan PKR di sini hari ini.

Bagaimanapun, Parti Keadilan Rakyat belum membuat sebarang keputusan berhubung isu penyertaan beberapa bekas ahli UMNO ke dalam parti itu.

Perkara terbabit hanya akan diputuskan selepas perbincangan dilaksana bersama pucuk tertinggi UMNO terlebih dahulu.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu