fb fb fb fb fb

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam letupan kafe di India

Kementerian Luar memaklumkan, tiada laporan mengenai rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang terjejas dalam insiden letupan bom di Rameshwaram Cafe di Bengaluru, India, pada Jumaat / Foto Reuters

PUTRAJAYA, 2 Mac - Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang terjejas dalam insiden letupan bom di Rameshwaram Cafe di Bengaluru, India, pada Jumaat.

Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai memaklumkan pihaknya kini mengikuti laporan berkaitan insiden letupan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan individu cedera, termasuk tiga kakitangan kafe dan seorang pelanggan.

“Berikutan itu, semua rakyat Malaysia di Bengaluru digesa sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga, mematuhi amaran perjalanan dari pihak berkuasa tempatan dan mengelakkan tempat-tempat sesak kerana siasatan berkaitan insiden masih diteruskan,” menurut Kementerian Luar menerusi kenyataa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai di alamat: KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI CHENNAI, No. 7 (Old No. 3) 1st Street, Cenotaph Road Teynampet, Chennai 600 018 Tamil Nadu atau melalui telefon (0091 44 2433 4434/35/36) dan e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Menurut laporan media antarabangsa, letupan yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri itu, berlaku sejurus selepas 1 tengah hari (07:30 GMT) pada Jumaat ketika orang ramai dari pejabat berdekatan beratur untuk menjamu selera.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN