fb fb fb fb fb

Cadangan Universiti al-Quran, sebuah jawatankuasa ditubuh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Sebuah jawatankuasa ditubuh bagi meneliti cadangan mewujudkan Universiti al-Quran di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata kerajaan sedang menilai perancangan itu termasuk bekerjasama dengan agensi berkaitan.

"Kita harapkan dengan pembentukan jawatankuasa khas ini kita akan dapat lihat perkembangan ke arah penubuhan universiti ini dan sudah tentu rundingan akan diadakan secara keseluruhan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya untuk kita lihat secara holistik bagaimana penubuhan Universiti al-Quran ini akan menjadi realiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Persidangan Mudara’ Tahfiz Kebangsaan dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran Malaysia (PERMATA) Al Quran Kali ke 22 bagi tahun 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN