fb fb fb fb fb

Tiada penglibatan kementerian, agensi kerajaan sebar SMS

(Foto hiasan)

PETALING JAYA, 5 Ogos- Tiada kementerian atau agensi kerajaan terlibat penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berkaitan politik.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan dakwaan kononnya dana awam digunakan untuk tujuan demikian juga adalah tidak benar.

Semakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia turut mengesahkan perkara terbabit.

"Saya sarankan semua rakyat Malaysia sekiranya ingin membuat pengesahan tentang sebaran sama ada benar sahih atau palsu boleh membuat semakan dengan sebenarnya.com atau mycheck.my dan sudah pasti maklumat yang paling sahih sila tonton RTM", katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan MYTV dekoder di Bukit Lanjan, Petaling Jaya hari ini.

Selain Kementerian Komunikasi dan Digital, penafian sama turut dibuat Majlis Belia Malaysia (MBM).


(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil)

Media Baharu