fb fb fb fb fb

Kembara RIUH akan diperluas ke negeri lain

(Foto BERNAMA)

BUKIT MERTAJAM, 5 Ogos- Program Kembara RIUH akan diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching  berkata ini berikutan sambutan menggalakkan yang diterima semasa Kembara Edisi Pulau Pinang pada 4 hingga 5 Ogos di Juru Auto City.


(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching/BERNAMA)

"Ia memang merupakan satu 'signature programme' bawah sebuah agensi Kementerian Komunikasi dan Digital iaitu kumpulan MyCreative Ventures dan Kembara RIUH Edisi Pulau Pinang. Saya dimaklumkan semalam sahaja lebih 13,000 pengunjung hadir.

"Saya percaya sehinggalah lewat malam ini kita memang boleh terima pengunjung lebih daripada 20,000 orang, mungkin boleh mencecah sehingga 25,000 orang. Jadi ini menunjukkan bahawa memang begitu ramai peminat yang berminat dengan Kembara RIUH ini", katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kembara RIUH 2023 edisi Pulau Pinang di Juru Auto-City di sini.

Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui MyCreative itu, berlangsung dua hari bermula semalam dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran seni budaya, bengkel kreatif, kedai ‘pop up’, jualan vendor barangan dan makanan.

Beliau turut hadir ke program tersebut serta sempat meluangkan masa beramah mesra dengan usahawan industri kreatif sempena hari terakhir penganjurannya hari ini.

Media Baharu