fb fb fb fb fb

Tiada kompromi anggota ATM terlibat pelanggaran disiplin

FOTO FAIL BERNAMA

KUCHING, 23 Disember - Angkatan Tentera Darat Malaysia, (ATM) tidak berkompromi terhadap anggota yang terlibat pelanggaran disiplin, tatatertib dan jenayah.

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Hassan Embong menegaskan, ini ekoran terdapat peningkatan dalam kegiatan tersebut.

"Penyalahgunaan dadah merupakan kes tertinggi dalam kalangan anggota di semua peringkat dan mereka yang terlibat akan diberhentikan dari tugas.

"Para anggota diingatkan supaya tidak terlibat dalam pelanggaran disiplin demi menjaga nama baik ATM dan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia di Kem Muara Tuang Kota Samarahan, di sini semalam.

Mejar General Datuk Mohamed Fauzi Kamis, dilantik menjadi Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia yang baharu menggantikan Mejar Jeneral Hassan Embong yang akan berpindah tugas.

Majlis Serah Terima tugas telah disaksikan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi Md Lepi selain perarakan perbarisan melibatkan seramai 488 anggota termasuk 27 pegawai.

GRACE AISYAH KEDAYAN