
SEPANG, 1 Julai – Operasi haji 2026 catat kecemerlangan dengan tiada sebarang kes penipuan pakej serta badal haji.
- Tabung Haji bersama PDRM dan agensi berkaitan jalankan pemantauan fizikal di KLIA dan pengawasan melalui media sosial.
- Operasi haji musim ini berjalan lancar, cekap dan berkesan, meningkatkan mutu perkhidmatan kepada jemaah.
- Penambahbaikan termasuk Program Haji Lestari, sistem digital MyNiise bagi visa haji dan bas ulang-alik percuma.
- Tabung Haji mengurus 31,600 jemaah Malaysia musim ini; operasi tamat dengan ketibaan kumpulan terakhir tengah hari.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan memaklumkan, pencapaian itu hasil pemantauan bersepadu pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa.
“Tabung Haji (TH) bekerjasama dengan PDRM serta pihak berkuasa berkaitan dengan pemantauan fizikal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pengawasan melalui platform media sosial.
“Alhamdulillah tahun ini, tiada kes-kes penipuan termasuk badal haji, sekali gus menunjukkan keberkesanan,”katanya selepas Majlis Sambutan Ketibaan Jemaah Haji Penerbangan Terakhir dari Tanah Suci bagii Musim Haji 2026.
Mengulas operasi haji musim ini, beliau berkata secara keseluruhannya berjalan lancar, cekap dan berkesan sekali gus meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan
yang lebih baik kepada para jemaah.
“Penambahbaikan seperti Program Haji Lestari, penggunaan sistem digital MyNiise untuk proses pengeluaran visa haji dan Penyediaan Bas Ulang-Alik Secara Percuma juga antara faktor kecemerlangan operasi haji musim ini,”jelasnya.
TH telah menguruskan 31,600 jemaah haji Malaysia musim ini dan tamat secara rasmi dengan ketibaan kumpulan terakhir pada pukul 1.05 tengah hari tadi.