DURIAN TUNGGAL, 3 JulaiĀ -Kerajaan Negeri Melaka memberi jaminan catuan air tidak akan dilaksana di negeri itu.
Ini berikutan ketiga-tiga empangan di di negeri itu melepasi paras 90 peratus dan mampu bertahan sehingga November depan.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sekiranya paras empangan turun sehingga 85 peratus, pihaknya sudah mempunyai solusi alternatif bagi memastikan bekalan air di negeri itu mencukupi.
"Setakat ini, kita tidak akan adakan catuan. Pihak BKSA dan SAMB mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga.
"Sekiranya paras air menurun bawah 85 peratus, kita ada 3 pam di sungai Kerisik yang berkapasiti 160 juta liter air sehari.
"Kita juga akan buka pam keempat yang berkapasiti 250 juta liter air sehari", katanya ketika meninjau keadaan Empangan Durian Tunggal di sini.
Hameed turut berkata ketika ini ketiga-tiga empangan negeri masih berada dalam keadaan stabil.
Dalam pada itu, Hameed turut mendedahkan kemajuan pembinaan Empangan Sungai Jernih telah mencapai 10 peratus dan dijangka siap mengikut jadual yang ditetapkan.
(Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka)