fb fb fb fb fb

DPP terima kerta siasatan berkaitan kematian warga emas akibat ikan buntal

BATU PAHAT, 3 Julai - Kertas siasatan berkaitan kematian pasangan warga emas yang memakan ikan buntal di daerah Kluang pada Mac dan April lalu selesai dan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), untuk tindakan lanjut.

Exco kesihatan dan perpaduan, Ling Tian Soon berkata, pihaknya kini menunggu maklum balas daripada DPP sebelum membuat pertuduhan.

Kertas siasatan itu telah dihantar pada penghujung Mei lalu.

Katanya semalam, keluarga mangsa mengadakan sidang media yang menggesa pihak terlibat dalam penyiasatan mengeluarkan laporan toksikologi.

"Pihak pendakwaan mereka perlu kaji semula akta-akta yang sedia ada samada cukup atau tidak untuk buat pendakwaan tersebut. Saya akan minta dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang supaya kerapkan adakan laporan tersebut ataupun komunikasi dengan pihak keluarga," kata Tian Soon, di sini.

(Tian Soon bercakap kepada pemberita selepas mengadakan
lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Ayer Hitam, Batu Pahat)

Sementara itu, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi kerja-kerja menaik taraf klinik itu.

Tian Soon berkata, RM500,000 digunakan untuk projek menaik taraf bangunan induk Klinik Kesihatan melibatkan penambahan tempat meletakkan kenderaan dan kerja-kerja pembaikan fasiliti.

Klinik Desa Parit Amil di Yong Peng turut akan dinaiktaraf dengan kos sebanyak RM600,000.

"Mudah-mudahan kita akan dapat satu wajah baru bagi klinik kesihatan ayer hitam, dan juga kita menambah atau meningkatkan taraf kondusif keselesaan bagi pengunjung atau pesakit yang datang ke Klinik Kesihatan Ayer Hitam," katanya.
 

Media Baharu