fb fb fb fb fb

Perak belum berhasrat guna nyamuk berbakteria Wolbachia

(FOTO RTM)

IPOH, 3 JulaiĀ -Kerajaan Perak belum berhasrat menggunakan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia bagi mengekang penularan kes demam denggi di negeri berkenaan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, ia berikutan kes demam denggi di negeri itu mencatatkan penurunan kepada 42 kes pada minggu ke 26 tahun ini, berbanding 50 kes pada minggu ke 25 lalu.

Jelasnya, ketika ini pihaknya menggunakan khidmat Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi mengawal wabak tersebut.

"Cadangan itu ada. Namun, kes menurun sedikit dan kos bagi kaedah itu agak mahal.

"Buat masa ini, kita tidak memerlukan kaedah berkenaan", katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Tambahnya, sehingga kini, tiada kes kematian akibat denggi direkodkan di Perak tahun ini, sama seperti tempoh sama tahun lalu.


(Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan)

Media Baharu