‘The Walk of Malaysia 2026’ promosi Langkawi sebagai pentas fesyen antarabangsa

Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Langkawi, Alwi Shakir Abdullah ketika berucap merasmikan program ‘The Walk of Malaysia 2026’ – Foto RTM

KUAH, 13 September – Pemilihan Langkawi sebagai destinasi penganjuran program ‘The Walk of Malaysia 2026‘ bukan sahaja mengetengahkan keindahan alam pulau legenda itu, malah memperkenalkannya sebagai pentas fesyen antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menghimpunkan delegasi antarabangsa, pereka fesyen dan penggiat seni bagi mengangkat martabat Malaysia sebagai hab budaya dan fesyen di peringkat global.
  • Selaras usaha mempromosikan Langkawi dan Malaysia sebagai destinasi pengalaman menyeluruh merangkumi seni, reka bentuk dan pertukaran budaya.
  • Memperkenalkan produk buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa serta usaha menarik lebih ramai pelancong, menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Program julung kali dirancang sebagai jelajah enam hari lima malam merentasi negara, berhenti di tapak bersejarah dan tapak UNESCO, akan diteruskan ke Sabah.

Menurut Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Langkawi, Alwi Shakir Abdullah, program itu menghimpunkan delegasi antarabangsa, pereka fesyen dan penggiat seni, sekali gus mengangkat martabat dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab budaya dan fesyen di peringkat global.

Penganjurannya selaras usaha mempromosikan Langkawi dan Malaysia sebagai destinasi yang menawarkan pengalaman lebih menyeluruh merangkumi seni, reka bentuk dan pertukaran budaya.

” The Walk of Malaysia 2026‘ tercetus daripada usaha bagi mempromosikan produk buatan Malaysia ke seluruh dunia. Selain, meneroka pendekatan untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia, ” katanya ketika merasmikan program berkenaan di sini.

Selain memperkenalkan produk buatan Malaysia kepada dunia, program berkenaan juga mampu menarik lebih ramai pelancong, khususnya dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Program ‘The Walk of Malaysia 2026‘ julung kali diadakan di Langkawi dan bakal diteruskan ke Sabah, tahun depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.