Thaipusam Pulau Pinang: 500,000 pengunjung dijangka hadir

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail/ Foto RTM

GEORGE TOWN, 1 Februari – Lebih 500,000 pengunjung dijangka menghadiri sambutan Thaipusam di Pulau Pinang sepanjang tempoh dua hari.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 1,128 pegawai dan anggota polis ditugaskan 24 jam untuk memastikan keselamatan dan kelancaran sambutan.
  • 10 Unit Tempur Ringan (LSF) disiap siagakan, FRU tidak dikerahkan, sambutan dijangka lebih aman.
  • Masyarakat diminta bekerjasama mengekalkan ketenteraman dan keamanan sepanjang sambutan Thaipusam 2026.
  • 182 Thaneer Panthal disediakan sepanjang kira-kira dua kilometer; muzik perlu dimatikan mulai pukul 11 malam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, setakat ini berlangsung lancar tanpa sebarang insiden dilaporkan.

Ujar beliau, seramai 1,128 pegawai dan anggota polis ditugaskan 24 jam bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sambutan.

“Kami bersiap siaga dengan 10 Unit Tempur Ringan (LSF) dan menjangkakan sambutan tahun ini lebih aman.

“Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak dikerahkan, namun kami memohon kerjasama masyarakat untuk mengekalkan ketenteraman dan keamanan sepanjang sambutan Thaipusam 2026,” katanya demikian selepas Program Komuniti Kepolisan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang di Jalan Air Terjun, di sini.

Orang ramai turut diminta mematuhi syarat permit termasuk menutup muzik di ‘Thaneer Panthal’ bermula pukul 11 malam bagi memastikan suasana sambutan kekal aman dan terkawal.

Sebanyak 182 ‘Thaneer Panthal’ disediakan sepanjang kira-kira dua kilometer menuju ke kuil di kawasan berkenaan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan