fb fb fb fb fb

TH sedia sambut kedatangan 565 jemaah di Mekah esok

MEKAH, 25 Mei - Operasi Maktab Tabung Haji (TH) bersedia menerima kedatangan 565 jemaah haji daripada penerbangan pertama dan kedua, bermula petang esok.

Pengarah Operasi Maktab, Mohd Sawal Abong berkata semua jemaah akan diagihkan mengikut maktab sebelum dibawa melakukan umrah wajib sebaik menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Beliau berkata, sebanyak sembilan maktab disediakan untuk keseluruhan jemaah yang akan tiba dari Madinah.

Katanya, jemaah yang hadir bersama pasangan atau keluarga juga akan ditempatkan berdekatan bagi memudahkan pergerakan.

(Pengarah Operasi Maktab, Mohd Sawal Abong)

"Setiap satu KT kita letak satu maktab..jadi automatik memang bercampur..tapi bilik penginapan kita pisahkan lelaki dan wanita..tapi tidak jauh antara keluarga, kita tidak akan letak tingkat satu suami, isteri tingkat 10... InsyaAllah tidak," katanya pada sidang media, di sini.

Tambah Sawal, setiap maktabĀ akan mempunyai klinik perubatan, kafe, Pejabat Pos, pejabat operasi, perkhidmatan talian telefon dan bimbingan kesihatan.

Katanya, seramai 12 Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas) akan ditempatkan menjaga jemaah mengikut maktab dengan dibantu pembantu tempatan.

Media Baharu