fb fb fb fb fb

TH, Mashariq meterai kontrak jamin mutu perkhidmatan di tanah suci

ARAB SAUDI, 29 Mei- Tabung Haji (TH) memeterai perjanjian kontrak tiga tahun dengan syarikat Mashariq, bagi memastikan mutu perkhidmatan semasa ibadah haji dapat ditingkatkan.

Antara perkhidmatan yang menjadi keutamaan adalah ketika Masya’ir.

Ia melibatkan keselesaan jemaah sama ada di Arafah atau Mina, khususnya kemudahan tandas, khemah dan pergerakan bas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata perjanjian dengan syarikat yang dahulunya Muassasah Tawafa Asia Tenggara itu dibuat bagi mengurangkan kenaikan kos semasa musim Haji.

Sekali gus menyaksikan kos operasi dalam tempoh 3 tahun bermula tahun ini dapat dikawal.

"Kita kena faham kos haji itu ada pelbagai elemen lain seperti hotel, penerbangan, sajian makanan dan bayaran wajib kepada kerajaan Arab Saudi seperti kenderaan, airport...ini sebahagian kos tersebut yang akan disampaikan syarikat Mashariq terutama apabila jemaah dibawa ke masyair di Arafah, Muzdalifah dan Mina," katanya.

(Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman)

Beliau sebelum itu hadir pada majlis Taa’ruf Rombongan Haji Malaysia dengan Syarikat Mashariq Holdings, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Syarikat berkenaan, Ustaz Adnan Hussen Mandora.

Sebelum ini, kontrak TH bersama syarikat yang dilantik adalah secara tahunan.

Kerjasama TH bersama syarikat dilantik bukan sahaja dapat menjimatkan kos terapi, juga memberi keselesaan jemaah khususnya semasa proses pra pelepasan imigresen di Arab Saudi.

Media Baharu