fb fb fb fb fb

TH keluarkan surat tawaran haji panggilan kedua 10 Mei lalu

TAIPING, 20 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran bagi panggilan kedua kumpulan jemaah haji Malaysia musim 2022 pada 10 Mei lalu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata panggilan tersebut dibuat sebaik sahaja tawaran panggilan pertama ditutup sehari sebelumnya iaitu pada 9 Mei lalu.

Katanya, pemilihan jemaah untuk panggilan kedua ini masih mengikut prinsip ‘yang dahulu didahulukan’ sebagaimana panggilan kepada jemaah pertama.

(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad)

"Panggilan untuk panggilan kedua (pada) 10 hari bulan (Mei) telah panggil mereka yang tak layak, tolak dan sebagainya, untuk panggilan kedua baru-baru ini, angka tepat tidak pasti kerana ada yang kita akan panggil berdasarkan kepada berapa yang ditolak," kata beliau ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mukim Trong di Dewan Penghulu Trong, di sini.

Untuk musim 2022, sebanyak 14,306 surat tawaran tunai haji dikeluarkan kepada bakal jemaah melalui beberapa platform.

Mengulas mengenai penggantungan serta-merta kelulusan loji penyembelihan Thomas Food International (TFI) Lobethal, Australia susulan dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal, Idris berkata tindakan itu bukti bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung isu halal dan haram.

Media Baharu