fb fb fb fb fb

Pelantikan hakim tidak wajar dipolitikkan - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam Majlis Perjumpaan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri

PUTRAJAYA, 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang pertukaran nama pada saat akhir dalam proses pelantikan hakim, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut beliau, tuduhan kononnya berlaku pertukaran nama pada saat akhir adalah fitnah semata-mata dan cubaan untuk mempolitikkan institusi kehakiman negara.

“Nama yang dikemukakan sejak awal adalah nama yang sama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tidak berlaku sebarang perubahan seperti yang disebarkan. Tuduhan kononnya ada pertukaran Datuk ke Tan Sri atau sebaliknya adalah tidak benar."

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini.

Jelas Perdana Menteri, proses pelantikan hakim adalah telus dan dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, serta turut dirujuk kepada Majlis Raja-Raja sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

MASNIZA AWANG KECHIK