fb fb fb fb fb

TH diiktiraf pengendali Haji terbaik dunia

(FOTO RTM)

MEKAH, 2 Julai-Lembaga Tabung Haji, TH diiktiraf sebagai Pengendali Haji Terbaik Dunia, selepas menerima Anugerah Labbaitom bagi kategori Kepuasan Tertinggi dalam Perkhidmatan Disediakan pejabat urusan haji.

Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah kepada Menteri DI Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, kelmarin.

"Duli Yang Maha mulia Seri Paduka Agong sempat mengirimkan pesanan ringkas mengucapkan tahniah di atas kejayaan TH.

"Baginda menasihatkan agar untuk tahun-tahun hadapan agar TH terus menjaga kebajikan para jemaah", katanya di sini.

Antara kriteria yang menjadi faktor kepada anugerah berkenaan adalah penerapan teknologi bagi menyelaraskan perkhidmatan kepada jemaah haji, persediaan ibadat dan kursus haji.

Pada Februari lalu, TH juga menerima anugerah Labbaitom untuk perkhidmatan dan program bimbingan haji terbaik dalam dunia Islam.

Dalam pada itu, beliau memuji komitmen TH menyantuni Dyufurrahman bermula dari tanah air sehingga tiba di Tanah Suci.

Selain itu, Datuk Dr Mohd Na’im turut berterima kasih kepada sukarelawan Sahabat Maktab yang terdiri daripada kalangan jemaah haji, dalam membantu tugas semasa operasi masyair.

(Menteri DI Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar)

 

Media Baharu