fb fb fb fb fb

Terma “Premier” akan digunakan secara rasmi setelah RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diwartakan

KUCHING, 17 Februari- Terma “Premier” bagi menggantikan gelaran Ketua Menteri Sarawak hanya akan digunakan secara rasmi setelah Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diwartakan.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, perkara tersebut perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada Yang di-Pertua Negeri untuk persetujuan.

Kerajaan negeri akan memaklumkan tarikh bagi penggunaan terma berkenaan secara rasmi.

Bercakap dalam sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Kuching, Dato Sri Abdul Karim turut memaklumkan bahawa terma timbalan ketua menteri juga akan dikenali sebagai Timbalan Premier setelah ia diwartakan.

Tambah beliau, perkara tersebut penting dan bakal dilaksanakan secepat mungkin.

Media Baharu